Pengenalan
Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. (1338627-W) merupakan sebuah syarikat perunding & perancang harta dan pusaka yang beroperasi di Sitiawan, Perak. Ianya ditubuhkan bagi tjuan membantu masyarakat Islam Malaysia dalam memahami kepentingan dalam merancang, mengurus serta mentadbir segala urusan harta dan pusaka dengan kaedah yang sistematik dan mengikut hukum Islam.
Skop Perkhidmatan
Perkhidmatan yang disediakan Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. (1338627-W) boleh dibahagikan kepada 3 kategori asas iaitu Perancangan Harta, Pengurusan Pusaka dan Khidmat Masyarakat serta Latihan.
Perancangan Harta
Faraid
Menurut istilah syara’, faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia dan tidak meninggalkan wasiat sebelum kematiannya.
Wasiat
Wasiat berasal daripada perkataan’wassa’ yang bererti memerintahkan, menasihatkan, menjanjikan atau pemberian harta selepas mati.
Hibah
Sesuatu pemberian yang dilakukan oleh seseorang kepada pihak lain yang dilakukan ketika masih hidup dan pelaksanaan pembahagiannya dilakukan semasa waktu penghibah masih hidup juga.
Surat Ikatan Amanah
Surat Ikatan Amanah adalah perjanjian antara Settlor dan Pemegang Amanah. Ianya adalah dokuman undang-undang tentang cara menguruskan harta dan aset sesuatu harta pusaka.
Perancangan Harta
Perancangan kewangan dan harta pusaka yang baik adalah penting untuk memastikan kesaksamaan serta kebajikan waris dapat dipelihara dengan baik.
Pakar Rujukan
“Pakar” ertinya mereka yang mempunyai kepakaran, ilmu dan arif dalam bidang kewangan dan ekonomi dari sudut Islam.
Pengurusan Pusaka
Kaunseling Waris
Menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada pihak waris / keluarga mengenai perkara yang berkaitan.
Pengurusan Pentadbiran
Proses urus pentadbiran di Pejabat Pusaka Kecil atau di Mahkamah Tinggi.
Khidmat Masyarakat dan Latihan
Kursus Pemantapan Rohani
Kursus ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran peserta mengenai kaedah pengendalian harta dalam Islam seterusnya membentuk integriti dan akauntabiliti dalam pengurusan harta berlandaskan syariah.
Taklimat Pemahaman Pusaka
Bertujuan untuk memberikan penerangan dengan lebih lanjut bagi meningkatkan pemahaman mengenai pentadbiran dan pengurusan harta pusaka.
Klinik Khidmat Runding
Khidmat sokongan yang diberikan kepada waris ataupun individu-individu yang terlibat dalam proses pengendalian harta dan pusaka.
Kaunseling
Dapatkan sesi konsultasi percuma bersama pakar-pakar perunding yang bertauliah dan berpengalaman.
Pengurusan Syarikat
Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. telah menggabungkan beberapa orang individu yang berfungsi di bawah Jawatankuasa Pengurusan Syarikat.
Modus Operandi
Perkhidmatan yang disediakan Hans Legasi Resources Sdn. Bhd. akan disalurkan melalui 3 kategori iaitu Perunding Individu, Agensi Korporat serta melalui Rakan Agensi Korporat.